Thursday, August 7, 2014


  



  MAJLIS PRA HARI RAYA YANG 

MENGHIBURKAN......


Tarikh : 25 Ogos 2014
Hari    : Jumaat
Masa  :  10 pagi hingga 11.15 pagi
Tempat: Dewan Permata SK Penjom


Antara aktiviti-aktiviti ara guru dengan muridyand dijalankan:
 1.Nyanyian lagu  hari Raya Dendang Perantau oleh Cikgu Wali
  2.Nyanyian dari murid-murid Tahun 6
    3.Deklamasi Sajak
      4.Pemberian duit raya dan bersalam-salaman antara guru dengan murid







PERTANDINGAN KALAM JAMAIE PERINGKAT DAERAH 2014

Tarikh : 19 Ogos 2014(Rabu)
Masa    :  8.00 pagi
Tempat:Dewan Permata SK Penjom


1.MesyuaratJawatan Kuasa  Pertandingam Kalam Jamaie diadakan di Bilik Mesyuarat SK Penjom pada 4/8/2014 yang lalu.


PROGRAM IHYA' RAMADHAN SK PENJOM 2014


   1.Program Hufaz kecil-bagi aktiviti murid tahap satu..Pencarian Hufaz Kecil .sedang dicari...
   2.Program tadarus al-quran murid-murid tahap 2 dilakukan di dalam surau ar-raudhah setiap hari 
      dari jam 10.15 hingga 10.45 pagi
   3.Majlis khatam al-quran 
   4.Majlis prahari raya dengan memberi sumbangan duit raya kepada semua murid
   5.Solat hajat dan solat berjemaah solat fardu zohor dan asar




Saturday, June 21, 2014

IHTIFAL KAFA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2014


Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Pahang telah diadakan di SMA Maran pada 21 Jun 2014

Pasukan nasyid Nur Ikhwan telah mendapat naib Johan bagi kategori Nasyid  lelaki

Jurulatih nasyid iaitu Puan Azizah Mohamed dan Puan Mawaddah Muhammad

TAHNIAH dari kami.Semoga tahun hadapan menjadi johan . In sya Allah...






Friday, June 20, 2014

BICARA INOVASI....SUATU KAJIAN TINDAKAN.

Bagi mengimarahkan lagi Surau Ar-Raudhah, suatu bentuk inovasi diperlukan.  Untuk itu, kita perlu memahami apa itu inovasi.








PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERLAKU DI AR-RAUDHAH

Ini adalah sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam bagi Tahun 1 Bestari di Surau Ar-Raudhah pada 19 Jun 2014 bersama Ustazah Hajah Fauziah Hussin



PERSIAPAN KE IKHTIFAL KAFA

Latihan Nasyid Oleh Pasukan Nasyid SK Penjom di Surau Ar-Raudhah pada 19 Jun 2014 sebagai persiapan untuk ke Pertandingan Ikhtifal KAFA di Maran pada 21 Jun 2014. Pasukan Nasyid ini dipimpin oleh Ustazah Azizah Mohamad; guru Pendidikan Agama Islam.  Murid-murid yang terlibat adalah daripada Tahun 3, 4, dan 5.




BERSEDIA MENERIMA UJIAN


alt


Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.

Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.

Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.

Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah ‘air muka’ kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.

Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.

Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.

Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.

Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.

Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.

Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.

Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.

Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.

Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.

Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.

Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.

Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.

PROGRAM SINAR JUMAAT


Program solat hajat setiap pagi Jumaat oleh guru Pendidikan Islam dan murid-murid Tahun 6 sejak awal tahun di Surau Ar-Raudhah.               

Program Tazkirah Jumaat pada setiap perhimpunan pagi Jumaat untuk semua murid

Thursday, June 19, 2014

Qasidah Istighfar Menusuk Kalbu terbaru 2014..boleh mengalirkan air mata bila mendengarnya...

Burung Tiong dan Sakaratul Maut...moga kita dapat menghayatinya....

Ramadhan 2014 semakin menghampiri...bersediakah kita untuk menunaikan puasa ..

Tarikh puasa bulan Ramadhan 2014 di Malaysia
Umat Islam di Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2014) pada 29 Jun
Makluman tentang perkara ini adalah berdasarkan rujukan terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2014 /1435-1436 H bagi negara Malaysia
Dalam senarai tarikh penting Islam yang dikeluarkan oleh  Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu, 1 Ramadhan 1435 adalah bersamaan pada 29 Jun 2014
Bagaimanapun, tarikh permulaan puasa bulan Ramadhan 2014 itu masih tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang akan mengumumkan dan menetapkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti


mysumber : tarikh puasa bulan ramadhan 2014 di malaysia http://www.mysumber.com/tarikh-puasa-bulan-ramadhan-2013-di-malaysia.html#ixzz355gadHkd

Wednesday, June 18, 2014

PENILAIAN IMARAH SURAU 2014 OLEH PIHAK JPNP

19 JUN 2014.....pagi-pagi lagi pegawai-pegawai penilai dari JPN Pahang sudah sampai ke SK Penjom untuk membuat penilaian Imarah Surau 2014.  Sebanyak 70 buah sekolah di negeri Pahang terlibat dalam penilaian ini.
 Ustaz Yahya mendengar taklimat daripada penyelaras Surau Ar-Raudhah, sementara Ustaz Asri meninjau papan informasi surau.

 Taklimat oleh Ustazah Fauziah Hussin; penyelaras Surau Ar-Raudhah

 Ustazah Hajah Paredah , Ustazah Rosemarina, dan Ustaz Zaidi turut sama mendengar komen-komen membina daripada pegawai penilai.

 Guru Besar SK Penjom; Cikgu Mohd Rosmi Mohd Din bertanya sesuatu kepada Ustaz Asri untuk penambahbaikan Surau Ar-Raudhah.


 Cenderamata tanda penghargaan dan terima kasih daripada warga SK Penjom.